Admin Admin
Posts : 73 Reputation : 3 Join date : 2011-07-05
| Subject: KANAK-KANAK PINTAR DI MALAYSIA Fri Aug 05, 2011 9:10 pm | |
| KANAK-KANAK PINTAR DI MALAYSIA Di Malaysia kita boleh berbangga kerana memiliki si genius Adi Putra yang pintar dalam matematik, kini seorang lagi kanak-kanak pintar dan paling genius dalam kimia, Ainan Celeste Cawley di katakan belajar di Malaysia.Gelaran kanak-kanak paling genius di dunia diberikan kepada Ainan ketika kejayaannya dimuatkan dalam siri dokumentari di United Kingdom iaitu “The World’s Cleverest Child and Me". Mengenai Ainan:-- Nama penuhnya : Ainan Celeste Cawley.
- Anak sulong kepada pasangan Valentine Cawley dan Syahidah Osman Cawley.
- Ibunya adalah warganegara Malaysia dan bapanya asal dari Ireland
- Ainan mula merangkak pada usia 4 bulan, berjalan ketika 6 bulan dan berlari ketika 8 bulan.
- Pada umur 6 tahun, Ainan mula menunjukkan minat membaca buku kimia.
- Syahidah dan suaminya, Cawley mengajar Ainan mata pelajaran fizik secara tidak formal di rumah.
Kejayaan dan pencapaian peribadi Ainan Celeste Cawley setakat ini:-- Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun dan lulus ujian tersebut dan merupakan manusia termuda di dunia mencapai pencapaian itu.
- Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records
- Kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti.
Tahap Pengajian:-- Pernah menuntut di University Cambridge di Singapura selama 3 tahun kemudian berhenti setelah merasakan sistem pembelajarannya tidak fleksibel dan terlalu tegas.
- Akhirnya Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara menjadi pilihan ibu bapa Ainan untuk menyambung pengajiannya dalam Ijazah Program Amerika
- Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.
- Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan sendiri.
sumber: azmeen-salamdunia.blogspot.com | |
|