IT Tips And Solutions
.:SELAMAT DATANG:.
Sila login untuk:
-Melihat keseluruhan forum
-Membalas Topik
-Mencipta Topik
-Dan banyak lagi!
Jadi, sila daftar ianya PERCUMA~

.:WELCOME:.
Please log in to:
-Go through the whole forum
-Reply Topics
-Create Topics
-And Many More!
So, please register it ABSOLUTELY FREE!
IT Tips And Solutions
.:SELAMAT DATANG:.
Sila login untuk:
-Melihat keseluruhan forum
-Membalas Topik
-Mencipta Topik
-Dan banyak lagi!
Jadi, sila daftar ianya PERCUMA~

.:WELCOME:.
Please log in to:
-Go through the whole forum
-Reply Topics
-Create Topics
-And Many More!
So, please register it ABSOLUTELY FREE!
IT Tips And Solutions
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Discuss anything about the internet here, you can share tips and solutions, if you have questions, discuss it here as well. Join Us!!
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
.:MODERATOR DIPERLUKAN!!:. | .:MODERATOR NEEDED!!:.
Choose Your Language
Image hosted by servimg.com
Iklan Anda Di Sini
Unlimited
Online Dapat $$$
Ebook Strategi Pemasaran
PIXELS BYTE
Your Ads Here

Procuct & Services

  • Photography
  • Graphic Design
  • Corporate Identity Design
  • Large Format Inkjet Printing
  • Offset Printing
  • Silkscreen Printing
  • Laser Cutting
  • Display Stand
  • Premiums Gift
  • T-Shirt Printing

    Contact
    013.7931.035
    byte.pixels@gmail.com
    or

  • Nuffnang
    Latest topics
    » Chuck - Complete Season 1-5 HDTV MKV | Mediafire Links
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptySun Jun 29, 2014 3:16 pm by irwansuhadi

    » Nero Express 9 Portable | Mediafire Links
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptySun Dec 30, 2012 9:23 am by Admin

    » Final Fantasy X PC Game Free Download | Mediafire Links Updated!!
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptyWed Aug 15, 2012 12:16 pm by dya.k

    » Dilema lelaki
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptyThu Aug 09, 2012 4:17 am by Admin

    » Driver Netbook 1 Malaysia!!
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptyWed Apr 18, 2012 10:59 am by zairo

    » Game of Thrones (TV series) | Mediafire Links
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptyWed Mar 28, 2012 2:10 pm by daim2604

    » Lawak Ke Der (2012) 480p HDTV RMVB | Mediafire Links
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptySun Mar 25, 2012 8:42 pm by mrtipso

    » Berapa Gaji PM,TPM DAN MENTERI KABINET?
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptyMon Mar 12, 2012 10:19 am by mrtipso

    » Gameloft HD Mini Android Games Collection 2011 | Mediafire
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptyFri Feb 24, 2012 6:18 am by mrtipso

    » Post HD Games Collection For (Samsung GT-i9000 Galaxy S + SD Data)
    Fakta menarik berkenaan Susu EmptyFri Feb 24, 2012 5:55 am by mrtipso

    HTML Editor
    Translator
    Disclaimer
    This site does not store any files on its server. We only index and link to content provided by other sites. ©2011
    stats

     

     Fakta menarik berkenaan Susu

    Go down 
    AuthorMessage
    mrtipso
    Admin
    Admin
    mrtipso


    Posts : 171
    Reputation : 9
    Join date : 2011-07-05
    Age : 36
    Location : Pasir Gudang, Johor

    Fakta menarik berkenaan Susu Empty
    PostSubject: Fakta menarik berkenaan Susu   Fakta menarik berkenaan Susu EmptySat Aug 06, 2011 5:56 am

    Fakta menarik berkenaan Susu Various-milk

    Fakta menarik berkenaan Susu

    1 - Tarikh 1 Jun setiap tahun telah dipilih sebagai tarikh Hari Susu Sedunia memandangkan kebanyakkan negara telah menyambut Hari Susu peringkat kebangsaan sekitar tarikh ini.

    2 – Susu adalah antara makanan/minuman yang disebut khasiatnya di dalam hadis dan quran. Dalil berkenaan susu daripada haiwan ternakan, “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.” (An Nahl: 66)

    3 – Tembikar-tembikar lama yang ditemui di England (dipercayai wujud sejak 4500 BC) dikesan mengandungi unsur-unsur sampingan susu, dan ini mengesyorkan bahawa susu telah digunakan dalam bentuk yang lain, diproses untuk tujuan lain, dan bukan sahaja diminum secara terus.

    Fakta menarik berkenaan Susu Earthenware

    4 – Hampir seabad yang lalu, budaya menghantar susu segar secara terus ke rumah pada setiap hari adalah perkara yang normal memandangkan teknologi pemprosesan/penyimpanan susu, termasuklah peti sejuk, masih belum berapa canggih pada masa tersebut disamping sifat susu yang mudah basi (susah nak simpan susu pada masa tu).

    5 – Istilah “milkman” merujuk kepada lelaki yang menghantar susu segar yang diisi di dalam botol kaca (kitar semula setiap kali guna) secara karton, selain beberapa sumber tenusu yang lain seperti telur, krim, keju, mentega, dan yogurt.

    Fakta menarik berkenaan Susu A

    6 – Susu segar adalah pertama kali diedarkan dalam botol (kaca) di Amerika Syarikat pada tanggal 11 Januari, 1878. Tarikh tersebut telah dikenang sebagai “Hari Susu” dan disambut setiap tahun di sana.

    7 – Bagi pengumpul barangan antik, botol susu (kaca) sememangnya membawa nilai nostalgia yang tinggi.

    8 – Botol susu (kaca) yang paling berharga adalah yang terukir nama syarikat pembekalnya pada permukaan botol tersebut. Ia digunakan sebagai tanda pengenalan supaya pengedar susu (milkman) boleh menemui kembali botol kepunyaan mereka untuk digunakan semula. Konsepnya sama seperti tong gas yang ada masa kini, pembekal gas Petronas pasti akan menerima kembali tong gas petronas yang kosong untuk ditukar (trade-in) dengan tong gas Petronas yang penuh. Adakah anda memiliki salah satu botol kaca ini? Simpanlah, kerana nilai botol susu tersebut pasti mencecah ribuan mahupun jutaan ringgit sebotol.

    Fakta menarik berkenaan Susu B

    9 – Botol plastik untuk susu hanya mula diperkenalkan mulai tahun 1967.

    10 – Pempasteuran merupakan proses yang digunakan untuk membunuh mikroorganisma berbahaya dengan memanaskan susu untuk masa yang singkat dan kemudian pendinginan segera untuk tujuan penyimpanan dan pengangkutan.

    11 – Teknik yang lebih terkini, iaitu ultrapasteurization atau ultra-high temperature treatment (UHT) telah diperkenalkan selepas itu. Ia melibatkan pemanasan susu dengan suhu yang tinggi untuk masa yang lebih pendek. Susu yang melalui proses UHT tidak perlu disejukkan di dalam peti sejuk sebelum dibuka (selalunya terletak di rak biasa sahaja di kedai-kedai mahupun supermarket) dan tahan lebih lama dari susu bungkusan biasa (melalui pempasteuran).

    Fakta menarik berkenaan Susu C

    12 – Susu lembu mempunyai nilai pH sekitar 6.4 hingga 6.8, menjadikan ia antara makanan/minuman yang paling berasid.

    13 – Susu ibu (manusia) mengandungi 1.1% protein dan 4.2% lemak, yang membekalkan 72kcal tenaga untuk setiap 100ml.

    14 – Secawan susu mengandungi lebih banyak kalsium berbanding 16 cawan bayam. Selain itu, susu juga mengandungi Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

    15 – Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda.

    16 – Untuk mendapatkan 1 gallon susu, 350 perahan adalah diperlukan dari tetek lembu.

    17 – Susu keldai dan susu kuda mengandungi kadar lemak yang paling RENDAH, manakala susu anjing laut dan ikan paus pula mengandungi kadar lemak palin TINGGI, dengan lebih 50% kandungannya adalah lemak.

    Fakta menarik berkenaan Susu D

    18 – Susu merupakan sumber semulajadi utama untuk produk supplemen berasaskan protein, terutama yang digunakan secara meluas dalam arena bina badan. Protein yang diekstrak dari susu adalah daripada komponen ‘whey‘ (penyerapan cepat, tinggi BV) dan ‘casein‘ (penyerapan lambat, rendah BV).

    19 – F&N Magnolia merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan Susu Skim cecair secara komersil di Malaysia. Sebelum kewujudannya, Susu Skim hanya boleh didapati di Malaysia dalam bentuk serbuk/tepung (menerusi jenama Sunlac, Nesvita, dan Tesco Choice).

    20 – Bersempena dengan Hari Susu Sedunia, Dutch Lady bakal memperkenalkan susu berperisa jagung, yang bakal menjadi ahli terbaru dalam kategori susu berperisa di Malaysia. Ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan susu berperisa jagung sudah wujud di Malaysia (jenama tempatan ‘Susu segar’) sejak awal 90 an lagi.

    Fakta menarik berkenaan Susu Susu_segar
    Susu yang menjadi kegemaran ketika zaman kecilku. Perisa jagung terletak yang paling kanan.

    21 – Satu kajian suatu ketika dahulu telah menunjukkan bahawa wanita yang mengambil produk susu FULL FAT mengalami sedikit peningkatan kesuburan, sementara mereka yang mengambil produk susu LOW FAT mengalami sedikit pengurangan kesuburan. Bolehkah hasil kajian ini dipercayai?

    22 – Susu Sejat, selain merupakan sejenis susu yang digunakan dalam masakan, ia juga meruju kepada blog kontemporari yang berbicara perihal makanan, diet, kesihatan, kecergasan dan gaya hidup rakyat Malaysia, Singapura, dan Brunei, amnya.

    Itulah dia 22 fakta yang SS! rasa tak semua tahu berkenaan susu. Entri berikut merupakan antara entri-entri lain berkenaan susu yang boleh anda baca bersempena dengan sambutan Hari Susu Sedunia ini. Selamat Menyambut Hari Susu!

    sumber: sususejat.com
    Back to top Go down
    http://www.allfreemediafiremovies.com
     
    Fakta menarik berkenaan Susu
    Back to top 
    Page 1 of 1
     Similar topics
    -
    » Fakta Menarik Perang Salib.
    » Susu Soya Vs Susu Lembu. Mana lebih baik?

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    IT Tips And Solutions :: Sembang-sembang/ Hang out :: Tips, Petua, Trivia & Fakta-
    Jump to: